Sunday 4 September 2016

Tips Menjadi Jutawan Melalui ASB Walaupun Gaji Hanya RM 2000



Ramai diantara kita hanya tahu untuk menyimpan duit di dalam ASB kerana mendapat pulangan yang lebih baik dari menyimpan di dalam akaun simpanan bank. Tetapi lumrahnya pada mereka yang bergaji kecil atau hanya boleh menyimpan dengan jumlah yang sedikit, pulangan dari ASB ternyata bukan masyuk.
Jadi ada tak cara lain untuk meningkatkan pulangan itu dengan berlipat ganda dalam masa yang singkat?
Kita lihat tips yang di kongsikan oleh bro Rashdan seorang perunding ASB loan.
Bagaimana RM537 Menjadi RM340,000 Dengan Teknik ASB??
Buat duit dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB) semakin popular disebabkan pulangannya yang agak konsisten. Pada tahun 2013 dividen ASB ialah 8.7% termasuk bonus dan 8.5% pada tahun 2014 yang lalu. Mereka yang tidak merebut peluang keemasan di depan mata ini memanglah merugikan.
Ramai di antara kita yang merungut kerana tidak mempunyai duit lebih untuk disimpan di ASB. Sebenarnya ianya bergantung bagaimana kita menguruskan kewangan bulanan yang kita dapat. Yang terbaik ialah kita simpan dahulu dan lebihnya kita gunakan buat perbelanjaan. Bukannya belanja dulu baru simpan! Konsep ini dah terbalik.
Sebagai contoh, jika anda mendapat gaji RM2,000 sebulan, anda perlu menyimpan 30% dahulu atau RM600 ke ASB. Baki RM1,400 barulah anda gunakan untuk membayar rumah, kereta dan bil yang selainnya. Kalau tak cukup, anda perlu rombak semula gaya hidup anda untuk menampung perbelanjaan baki tadi.
Jadi bagaimana untuk kita buat duit dengan ASB. Ada beberapa cara yang biasa kita dengar tetapi terdapat 2 teknik kewangan yang boleh anda pilih, samada untuk jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Jangka masa pendek ialah antara 5-7 tahun untuk kita memaksimakan pulangan dividen daripada ASB.
Disini saya bongkarkan 4 teknik buat duit dengan ASB :

Teknik #1: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Panjang

Disini anda akan membuat pinjaman ASB di bank-bank terkemuka.
Jika gaji anda RM2,000, buat loan RM100,000 dimana bayaran bulannnya ialah RM537 sebulan (anda gunakan duit 30% daripada gaji RM2,000).
Dalam setahun dividen yang anda perolehi ialah RM8,000 (andaian dividen 8%). Dalam masa 30 tahun anda sudah menjana dividen sebanyak RM240,000. Ditambah dengan pembiayaan pokok RM100,000 anda menjana RM340,000!
Cuba bandingkan jika anda tidak membuat pinjaman dan menyimpannya setiap bulan. Dalam setahun anda menyimpan RM537x12= RM6,444. Dividen setahun cuma RM276, dan untuk tempoh 30 tahun jumlah dividen lebih kurang RM8,280. Ditambahkan dengan simpanan pokok selama 25 tahun sebanyak RM193,320, jumlahnya ialah RM201,600. Disini anda telah rugi RM138,400!

Teknik #2: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Panjang

Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000.
Anda hanya perlu sediakan bayaran tahun pertama sahaja sebanyak RM537x12=RM6,444. Untuk tahun kedua, anda keluarkan dividen sebanyak RM8,000 dan buatkan autodebit untuk bayar automatik ke bank setiap tahun. Anda masih ada lebihan RM1,556 setiap tahun. Setelah tempoh matang 30 tahun, anda lihat perolehannya:
RM100,000
Dengan teknik kedua ini, dengan modal permulaan RM6,444 anda mendapat RM100,000.
Namun sekiranya anda mempunyai modal RM6,444 dan anda simpan (peram) dalam ASB Biasa, anda hanya memperolehi RM64,800 pada  tahun ke 30.

Teknik #3: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Pendek

Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperolehi.
Selepas masuk dividen tahun ke 5, anda batalkan pinjaman ASB dan lihat perolehannya:
RM6,444 x 5 = RM32,220 <- bayaran pembiayaan yang telah dibuat
SELEPAS TAHUN KE LIMA KANSEL LOAN ASB:
Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (prinsipal) setelah tolak interest bank = 8,172 + dividen terkumpul RM46,932. Jumlah keseluruhan = RM55,104 tidak termasuk pengembalian insurans anda pada tahun kelima.
Dengan teknik ketiga ini, dengan modal pelaburan RM32,220 anda mendapat RM55,104.

Teknik #4: Buat Duit Dengan ASB – Teknik Jutawan

Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperolehi selama tempoh pinjaman (macam simpan dalam KWSP).
Modal Pelaburan:
RM6,444 x 30 = RM193,320 <- bayaran pembiayaan yang telah dibuat
PADA TAHUN KE 30:
Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (prinsipal) = 100,000 + dividen terkumpul RM906,266. Jumlah keseluruhan = RM1,006,266.
Dengan teknik keempat ini, Impian anda untuk menjadi Jutawan telah terlaksana. Yahoo!!
Untuk buat duit dengan ASB, kini anda boleh pilih untuk jangka masa panjang atau pendek. Yang penting masyukkk…
Jadi apa pandangan anda tentang tips ini? Boleh lah cuba tapi anda haruslah berdisiplin untuk melaksanakannya.
AMARAN – ASB masih adalah sebuah pelaburan di mana pulangannya tidak di jamin oleh mana-mana pihak. Anda harus faham akan risiko pelaburan sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Sumber: SmartWealth2U dan Rashdan (Perunding ASB Loan)

Kenapa Umat Islam Disuruh Belajar Memanah, Berenang, Bermain Pedang Dan Berkuda?

SUNNAH NABI: Kenapa Umat Islam  Disuruh Belajar  Memanah, Berenang, Bermain Pedang Dan Berkuda?



Setiap perbuatan yg disampaikan oleh Rasulullah, pasti ada sebabnya… Disebabkan itu Rasulullah S.A.W menyuruh kita sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Hadis untuk mencari jawapannya… Kerana baginda lebih mengetahui tentang apa yang akan berlaku di kemudian hari…

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, bermain pedang, berenang dan memanah” [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi ". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu daripada tanda-tanda datangnya hari kiamat. Bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Yahudi. Sebelum berlaku peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo atau Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan Hollywood belaka. Kenyataannya, Hollywood yang disokong oleh Yahudi memang mahu menyembunyikan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian Kristian dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

 Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan, dan diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana bala tentera hanya akan menunggang kuda dan bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan berjuang dengan kayu,batu,pedang dan anak panah."

Ini disebabkan semua teknologi tidak boleh digunakan lagi pada masa itu kerana EMP (electromagnetic pulse) senjata nuklear itu sendiri berlaku ketika Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama, berjuang menggunakan kayu,batu,pedang dan anak panah.

ROTHSCHILD CIPTA EMP (ELECTRONIC MAGNETIC PULSE)

EMP BOMB

Adakah anda bersedia bergelap tanpa cahaya lampu,..wang elektronik atau wang kertas yang tidak dapat dikeluarkan dari bank..tiada air kerana mesin water pump tidak berfungi…memang menyeksakan…memang perit…huru-hara manusia di buatnya…itulah antara senjata rahsia yang sangat ampuh yang di miliki oleh tentera Dajjal..EMP..(electronic magnetic pulse)..

Senjata HAARP, nuclear, senjata kimia@biology dan EMP adalah senjata baru alaf mellinium yang sangat merbahaya kepada manusia sejagat…senjata ini akan memusnahkan dan mengurangkan populasi manusia secara drastik..

Di akhir zaman nanti manusia akan berperang semula dengan hanya menggunakan besi batu dan kayu sahaja (saki baki perang)…ini adalah kerana penggunaan senjata EMP..senjata ini akan mematikan dan memusnahkan segala peralatan elektronik hingga ke wayarnya sekali…hanya 1 atau 2 butir bom EMP di lancarkan sudah untuk cukup menggelapkan sesebuah Negara jika bom tersebut di lancarkan pada aras ketinggian @ altitude yang lebih tinggi daripada struktur lapisan ionisfera bumi..

Konspirasi golongan elit atau Dajjal ini telah menjalankan banyak projek-projek rahsia yang dijalankan. Antara projeknya ialah Starwars Project, BlueBeam project, Pandora Project, Genom Project Phliphedia Project dan banyak lagi projek rahsia termasuk UFO project.

Pembinaan senjata EMP adalah dibawah kelolaan Starwars Project yang lebih dominan dan yang lainnya ada perkaitan antara satu sama lain..Bom EMP boleh dihantar samada di lancarkan dengan roket atau di bawa dengan pesawat canggih supersonik merentas angksa pada altitud yang tinggi..

B2 SPIRIT BOMBER

Bersediakah kita akan situasi ini…saya bukan ingin menakutkan anda semua…minta dijauhkan. Peperangan dunia ke-3 akan menggunakan senjata ini secara total selain nuclear, kimia dan biologi …Sebenarnya penggunaan senjata ini telah dihebahkan dalam permainan game strategi Command & Conquer General. Dalam siri Astro "Future Weapon" juga telah didedahkan akan keupayaan EMP..

http://www.youtube.com/watch?v=0odJKYTzXg8#t=54

Kini senjata ini juga turut dimajukan oleh Iran,Rusia,China dan Korea Utara..Ini bukan omongan kosong..perhatikan video ini.

http://www.youtube.com/watch?v=GHP6esViT9M

Jika direnungkan pada hadis bagaimana Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa, bagaimana Yaakjuj dan Makjuj menembak panahnya ke langit dan mengapa nabi menyuruh kita belajar berenang, berlari, menunggang kuda, belajar guna pedang dan memanah…semuanya seolah-olah zaman masa lampau. Bermakna kita akan Back to Ancient..tidak ada satu pun yang menyentuh tentang peralatan mekanikal dan eletronik…Ini bermaksud selepas perang dunia ketiga, bumi akan bergelap dan banyak kemusnahan yang berlaku kerana perang. Kuncu Iblis telah membuat persediaan akan peristiwa ini..bagaimana dengan orang islam? Penyelamat orang islam adalah melalui zikir kepada Allah dan akidah yang kental sahaja.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak ditanam di Israel sekarang ini.

Info lanjut:

https://www.facebook.com/neil.armslayer/posts/862870950428875

Thursday 9 June 2016

KISAH ASHABUL KAHFI

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7 km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat. Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah s.w.t. melarikan diri ke sebuah gua dan Allah s.w.t. menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun. Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Surah al-Kahfi ayat 9) Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama’ terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu; 1. Maksalmina 2. Tamlikha 3. Martunus 4. Bainunus atau Nainunus 5. Sarbunus 6. Dzunuanus 7. Kasyfitatanunus Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah s.w.t. di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya; “Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (Surah al-Kahfi ayat 13) Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah s.w.t. dan beribadat mengesakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah s.w.t. yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah s.w.t. berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujah;
“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja):”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (Surah al-Kahfi ayat 14-15) Walaupun tidak mampu menjawab hujah-hujah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Beliau memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung. Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (Surah al-Kahfi ayat 16) Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama Ar-Raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t. telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Allah s.w.t. menceritakan tentang mereka di dalam gua; “Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (Surah al-Kahfi ayat 11) Allah s.w.t. ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah s.w.t. telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah). “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (Surah al-Kahfi ayat 25) Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah s.w.t., badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah s.w.t. menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur. “Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (Surah al-Kahfi ayat 18) Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja. “Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (Surah al-Kahfi ayat 19) Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak. Firman Allah s.w.t. menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu; “Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (Surah al-Kahfi ayat 19-20) Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah sw.t. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah. FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (Surah at-Taghabun ayat 16) Walaupun Allah s.w.t. menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah s.w.t., namun Allah s.w.t. telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah s.w.t. setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah s.w.t. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah s.w.t. boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatahlagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah s.w.t. membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi. “Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (Surah al-Kahfi ayat 21) Allah s.w.t. mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama. Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah s.w.t. sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan Allah s.w.t. dengan firmanNya; “Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: “Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (Surah al-Kahfi ayat 21) Bukti dari kesan sejarah dan arkeologi Beberapa bukti telah dikenalpasti dari kesan-kesan tinggalan sejarah dan arkeologi bahawa gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan merupakan gua di mana berlakunya peristiwa tersebut. 1. Terdapat tulisan pada lengkungan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan ‘Masjid diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahawa ketika era kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab (petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut. 2. Tulisan khat Kufi turut ditemui yang mengisyaratkan bahawa masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibina berhadapan dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua ketika zaman Umawiah. 3. Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di dalam Mu’jam Wasit (m/s 962) memberi erti kubur orang nasrani yang diletakkan mayat di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang segi lapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahawa mereka yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu. 4. Penemuan barangan tembikar, duit tembaga dan perak, lampu dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu. 5. Al-Waqidi di dalam kitabnya Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain telah berhenti di Ain Ma’ berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka berhenti di Ain Ma’ tersebut berwuduk, solat dan tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke tanah Palestin. Ain Ma’ terletak 70 meter dari gua ashabul kahfi. 6. Pokok zaitun berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua. Pokok tersebut telah mati dan kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini ditempatkan di dalam muzium mini di dalam gua. Mengkaji di mana & bagaimana peristiwa ini berlaku penting namun apa yang lebih penting adalah pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah Ashabul Kahfi tersebut. Antaranya ialah kehebatan iman pemuda-pemuda tersebut yang mampu berhadapan dengan maharaja yang zalim demi keimanan mereka kepada Allah S.W.T. Subhanallah. Alhamdulillah sepanjang berada di bumi Urdun, banyak perkara yang penulis pelajari dan banyak ruang serta peluang yang Allah beri untuk melihat serta menghayati kebesaran Allah. Melihat sendiri sejarah2 terdahulu. Mengetahui kisah2 di sebaliknya. Pengalaman ini tidak mampu penulis beli dengan nilai wang ringgit. Terlalu berharga dan terlalu besar nilainya. Semoga semua ini menjadi ibrah, iktibar dan tauladan hidup.


TUDUNG SI COMELPeneraju tudung untuk Si Comel anda

RAHSIA Jana Pendapatan Pasif Dengan Handphone Anda di SINI

Saturday 28 November 2015

Teori Einstein telah diterangkan terlebih dahulu di dalam Al-Quran


Dan engkau melihat gunung –ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan, demikianlah perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan. – (Surah An-Naml ayat 88)


Seawal abad ke-2 sebelum masihi, ahli falsafah terkemuka Aristotle telah mengemukakan model geosentrikuntuk menerangkan keadaan bumi di alam semesta. Model geosentrik ini menyatakan kedudukan bumi adalah pusat alam semesta, statik, dan diorbit oleh matahari serta planet lain. Pendapat ini turut disokong oleh model matematik yang di kemukan oleh Ptolemy bagi mengesahkan sokongan beliau terhadap model geosentrik ini.
Model ini bertahan sehingga abad ke 16 sehingga seorang ahli sains terkemuka pada waktu itu, Nicholas Copernicus memperkenalkan model heliosentrik yang menyangkal idea yang dibawa oleh Aristotle melalui model geosentrik. Model heliosentrik ini menyatakan bahawa matahari adalah pusat alam semesta dan setiap planet termasuk bumi bergerak mengelilingi matahari. Model heliosentrik ini terbukti kebenarannya dengan sokongan ahli sains selepas beliau yang mengemukakan teori-teori yang mengesahkan model ini. Penciptaan teleskop juga memudahkan pencerapan alam semesta yang turut membuktikan kesahihan model tersebut.
Hari ini, tiada siapa pun di dunia ini yang akan mengatakan bahawa bumi ini adalah pusat alam semesta. Melalui teori-teori yang dikemukan oleh saintis zaman ini dan melalui pencerapan bintang, kita memahami bahawa bumi kita bergerak mengelilingi matahari dan bumi turut berputar di atas paksinya sendiri.
Dari ayat di atas, telah Allah nyatakan kepada manusia bahawa kita menyangka gunung-ganang itu statik dan tidak bergerak, padahal, ianya bergerak dengan cepat seperti pergerakan awan. Apabila kita mengaitkan ayat tersebut dengan pergerakan bumi, berdasarkan pemerhatian kita seharian, kita akan mendapati ada sesuatu yang sangat penting perlu diberi perhatian dengan ayat Al-Quran tersebut. Tidak pernah sekalipun kita melihat gunung itu di suatu kedudukan tertentu dan melihat gunung tersebut di kedudukan lain pada keesokan harinya. Ayat tersebut menyatakan bahawa gunung-ganang itu bergerak, tetapi melalui pemerhatian kita setiap hari kepada gunung-ganang yang ada di sekeliling kita menunjukkan dengan jelas bahawa gunung-ganang itu tetap pada kedudukannya setiap hari. Jadi apakah yang Allah maksudkan dengan pergerakan ini. Melalui ayat itu juga Allah ada membuat perbandingan dengan pergerakan awan. Apa maksud Allah meletakkan perbandingan seperti ini. Perkara ini tentunya sesuatu yang menarik untuk dikaji perkaitannya.


Dari sini, jika kita semak semula ayat tersebut dengan Teori Kerelatifan Khas yang dikemukakan oleh saintis terkemuka Albert Einstein, kita akan melihat kebenaran kitab Al-Quran itu sendiri melalui ayat yang dinyatakan di atas. Teori Kerelatifan Khas  menyatakan bahawa, setiap pergerakan adalah relatif antara satu sama lain, yakni setiap pemerhatian akan dilakukan berdasarkan kepada titik rujukan dengan mengabaikan kesan graviti.
Mengambil anologi sebuah keretapi yang bergerak di platform, teori ini dapat dijelaskan dengan lebih mudah lagi. Katakan kita meletakkan A yang sedang menimbang bola dengan tangannya di satu kedudukan di dalam keretapi dan B di platform. Keretapi itu bergerak dengan halaju v. Bagi pemerhatian ini, kita akan mendapati terdapat 2 titik rujukan, iaitu titik rujukan bagi A iaitu di dalam keretapi dan titik rujukan bagi B iaitu di platform. Bagi keretapi yang sedang bergerak, menggunakan titik rujukan di B, beliau (B) akan membuat kesimpulan dengan menyatakan bahawa A sedang bergerak, kerana kedudukan A telah berubah dari satu koordinat ke koordinat lain berikutan pemerhatian itu dibuat dengan berpandukan titik rujukan di B, tetapi apabila kita menggunakan titik rujukan A, beliau (A) akan menyatakan bahawa beliau tidak bergerak berikutan tiada perbezaan koordinat beliau dengan bola yang ditimbangnya, iaitu beliau berada pada kedudukan yang sama seperti sebelum keretapi tadi bergerak.
Kita tentu sekali pernah merasai pengalaman seperti ini di lampu isyarat. Di mana kita tidak bergerak sebenarnya, tetapi pergerakan oleh kereta bersebelahan menyebabkan kita menyangka bahawa kita bergerak dan kereta sebelah itu statik. Begitu juga sebaliknya bagi orang yang berada di dalam kereta sebelah kita tersebut.
Merujuk kembali kepada ayat di atas, dengan mengambil bumi sebagai titik rujukan, kita dan gunung- ganang tersebut berada dalam titik rujukan yang sama, jadi, kita tidak dapat merasai sebarang perubahan atau pergerakan. Namun begitu, jika kita meletakkan seorang manusia lain (D) di awan misalnya, beliau (D) akan menyatakan bahawa beliau melihat kita bergerak mengikut pergerakan bumi dan beliau dalam keadaan statik. Namun bagi kita di bumi, kita akan mengandaikan bahawa kita adalah statik dan D sedang bergerak bersama sama awan. Di sini, sekiranya kita meletakkan seorang yang lain (E) di kedudukan bersebelahan bukit tersebut, beliau juga akan turut menyatakan kesimpulan seperti kita bahawa tiada perubahan pada gunung-ganang tersebut kerana beliau (E) turut berada dalam titik rujukan yang sama dengan kita dan gunung-ganang tersebut. Perubahan ini hanya boleh dikesan oleh seseorang yang berada di luar titik rujukan tersebut.
Einstein hanya mengemukakan teori ini selepas tahun 1905 masehi. Nabi Muhammad telah di ajar oleh Allah berkenaan perihal ini pada 610 masehi. Mana mungkin Nabi Muhammad yang buta huruf pada waktu itu dapat menghasilkan satu kesimpulan yang jitu dan disokong oleh teori-teori kompleks yang dikemukakan oleh saintis-saintis terkemuka dunia. Ini merupakan satu bukti bahawa Al-Quran itu bukannya ditulis sendiri oleh Nabi Muhammad dan ada kuasa Maha Agung yang mengawal alam semesta ini yang mengajar beliau. Sesungguhnya amat benarlah kata-kata Allah.

TUDUNG SI COMELPeneraju tudung untuk Si Comel anda

RAHSIA Jana Pendapatan Pasif Dengan Handphone Anda di SINI

Tuesday 24 November 2015

BIODATA RASULULLAH SAW


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuh- kan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong



KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. - Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..

Wallahua'lam Bissawab ....

TUDUNG SI COMELPeneraju tudung untuk Si Comel anda

RAHSIA Jana Pendapatan Pasif Dengan Handphone Anda di SINI

Monday 23 November 2015

CARA NABI MENDIDIK ANAK (Bayi hingga Usia 10 Tahun)


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah teladan terbaik sepanjang zaman. Baginda bukan hanya mengajarkan bagaimana tata cara beribadah, tetapi juga memberi contoh bagaimana mengatur keluarga hingga negara termasuk cara mendidik anak. Bagaimana cara Nabi mendidik anak?

Berikut ini tahapan-tahapannya secara umum, khususnya tahap I (sebelum anak lahir hingga usia 3 tahun) dan tahap II (usia 4 - 10 tahun).

Tahap I: Sebelum anak lahir hingga umur 3 tahun

Mendoakan calon bayi
Mendoakan dan memberikan perhatian saat anak dalam kandungan
Mendoakan saat bayi hendak lahir
Menyambut bayi dengan azan
Men-Tahniq bayi
Mengajar atau memperdengarkan zikir dan doa kepada bayi
Mengeluarkan zakat (fitrah) sejak ia lahir
Menyayanginya
Memberinya nama yang baik pada usia 7 hari
Melaksanakan aqiqah pada usia 7 hari
Mencukur rambutnya dan bersedekah setara dengan berat rambut pada usia 7 hari
Bergurau dengan bayi
Mengkhitan
Menggendong bayi
Menanamkan tauhid sejak awal
Memperhatikan penampilan dan gaya rambutnya
Mengajarkan cara berpakaian
Selalu menghadirkan wajah ceria kepadanya
Menciumnya dengan penuh kasih sayang
Bergurau dan bermain dengan anak-anak
Memberi hadiah
Mengusap kepalanya sebagai bentuk kasih sayang
Mengajarkan dan meneladankan kejujuran pada anak

Tahap II: Anak Usia 4 - 10 Tahun

Membiasakan panggilan kasih sayang dengan nada lembut
Menemaninya bermain dan belajar
Mengajaknya berjalan sambil belajar
Memberikan kesempatan yang cukup untuk bermain
Menghargai permainannya
Menanamkan akhlak mulia
Mendoakannya
Mengajaknya berkomunikasi secara intensif dan minta pendapatnya
Mengajarkan amanah dan menjaga rahsia
Membiasakan makan bersama
Mengajarkan adab makan
Mengajarkan persaudaraan dan kerja sama
Melerai ketika anak-anak bertengkar
Melatih kecerdasannya dengan lumba dan cara lain
Memberikan hadiah kepada anak yang berjaya melakukan sesuatu atau berprestasi
Menjaga anak dengan zikir dan mengajarnya berzikir
Mengajarkan azan dan solat
Mengajarkannya berani kerana benar
Jika anak mampu, boleh dilantik sebagai imam

- (Diadaptasi dari buku Athfalul Muslimin Kaifa Rabbahum Nabi al Amin karya Jamal Abdurrahman)



“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”(QS Al Mujadilah : 11)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.(Hadis riwayat Muslim)

Buat yang masih belum berjaya pun tidak perlu merasa gagal jika kita telah berusaha. Ibubapa perlu tahu setiap anak adalah berbeza dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Jika ada yang cepat perkembangan alhamdulilah tetapi jika anak itu agak lambat maka berikan motivasi bukannya tekanan. Walaupun kami tidak menafikan memiliki kepandaian itu penting tetapi mendidik bukanlah itu semata-mata tetapi merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial. Mungkin anak itu agak lambat dari aspek tersebut tetapi rupanya kelebihannya adalah dari aspek yang lain.

Cuba lihat contoh salah seorang Muslim yang berada dalam list 10 individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak boleh berjaya. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan orang yang buta huruf sejak dilahirkan sehinggalah pada akhir peringkat di Mekah.

Allah berkata: “Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah Al-Jumuah: ayat 2)

Perkataan ummi dari ayat-ayat di atas memberi salah satu makna iaitu orang yang tidak tahu membaca dan menulis. Walaupun Rasulullah SAW adalah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi itu tidaklah menghalang Baginda untuk menjadi seorang yang hebat dan menjadi contoh(qudwah) bukan kepada kepada umat Islam bahkan kepada bukan Islam. Sila baca buku oleh Michael H. Hart, The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History yang menyatakan “My choice of Muhammad to lead the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels……. it may initially seem strange that Muhammad has been ranked higher than Jesus”.

Ibu bapa mungkin lebih mengenali dan tahu potensi diri anak. Dengan itu merekalah yang seharusnya membimbing dan mencorakkan masa depan mengikut kebolehan dan bakat dimiliki. Jangan terlalu mengongkong dan mendesak mengikut kehendak ibu bapa. Ini kerana anak boleh memberontak dan terjebak dengan perkara yang tidak diingini kerana tertekan dengan sikap ibu bapa yang memaksa melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka. Selain memperkembangkan bakat dan kebolehan, ibu bapa harus membekalkan anak dengan ilmu kerohanian iaitu akhlak dan pegangan agama yang kukuh agar dapat membesar sebagai insan berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia.

Kesimpulannya, pendidikan dan pembelajaran mempunyai makna luas. Jangan sempitkan pemikiran dengan merujuk kejayaan anak hanya melalui pencapaian akademik cemerlang sahaja. Raikan kemampuan dan kebolehan mereka mampu berjaya jika tidak sekarang mungkin dimasa hadapan insyaAllah. Kecemerlangan bukan hanya terletak kepada akademik(intelek) semata-mata tetapi juga kepada rohani, jasmani dan emosi.

Sumber : Tadika Pintar ANAK Soleh

Tudung Si Comel: Peneraju tudung untuk Si Comel anda

RAHSIA Jana Pendapatan Pasif Dengan Handphone Anda di SINI

Sunday 22 November 2015

MENUJU SYURGA MELALUI DAPUR

dapur
Tempat bermulanya keberkatan seorang isteri, dapur...
Salah satu pesan orang tua kepada  anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius  melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami.
Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana  redha suami memang menjadi tujuan  dari perjuangan seorang wanita muslimah.

MELUASKAN KARIER DI DAPUR

Betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya memberi pahala dengan pembantu rumah.
Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat  perkembangan kreativiti wanita.
Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka  masa depan wanita tamat.
Namun hal ini berbeza dengan fikiran  wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan.
Melayani suami bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.
MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan.
Wanita ajaib bagaimana  yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. Apa–apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.
Fikirannya  selalu terfikir untuk  menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta.  Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.
Merawat Suami dan Keluarga
Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri?
Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.
Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak  itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain.
Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.
Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur.
kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. So, mengapa tidak   memulakannya sekarang?
Selamat memburu pahala.. Tudung Si Comel

RAHSIA Jana Pendapatan Pasif Dengan Handphone Anda di SINI